Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya:
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam)
2. Suaminya:
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syariat, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ' taman ' neraka sana)
3. Abang-abangnya:
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat)
4. Anak2 lelakinya:
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa, krn ibu juga insan biasa yang tak lepas dr melakukan dosa, selamatkanlah dia dr menjadi ' kayu api ' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya)
No comments:
Post a Comment