Pages

JANGAN SAMPAI KETINGGALAN MENDAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN DARUL TAKLIM& YAMANI ANGLE

Buku Surah Yasin, Tahlil dan Doa Serta Solat Jenazah


Surah Yasin, Tahlil dan Doa Serta Solat Jenazah
Daripada Ma'qal bin Yassar r.a., dia berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

“Hati al-Quran ialah surah Yasin, tidaklah seseorang itu membacanya semata-mata mengharapkan kere­daan Allah SWT dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. 
Bacalah surah Yasin kepada orang yang hampir akan mati dalam
kalangan kamu.”
[Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa'i]

Buku Darah Syiah


Darah Syiah
ISBN : 978-967-11510-0-6




“Kemustahilan taqrib (pendekatan pemahaman) antara golongan kaum Muslimin (Sunni) dengan golongan Syiah, disebabkan mereka berbeza dengan umat Islam yang lain dalam masalah usul (dasar-dasar agama). Hal itu sebagaimana diakui dan dijelaskan oleh al-Nasir al-Tusi serta disokong oleh Nikmatullah al-Musawi al-Khunsaari, malah diakui oleh semua kaum Syiah. Dan, jika sikap tersebut sudah ada sejak zaman al-Nasir al-Tusi, maka pada zaman Bakir al-Majlisi berlangsung semakin tambah keras dan sengit.”
(Syeikh Mahbuddin al-Khati dalam Kitab al-Khuthuth al-Aridhah)

“Aku telah hidup berdampingan dengan kaum Syiah baik di Iraq, Iran, Saudi, mahupun Lebanon selama 80 tahun. Kami biasa berdiskusi dan berdebat dengan mereka, dan nampak bagiku dengan seyakin-yakinnya sebuah gambaran bahawa mereka telah melakukan penyelewengan-penyelewengan dalam kitab-kitab rujukan dasar mereka.”
(Dr. Ahmad al-Afghani dalam Saraab Fi Iran)

“Aku telah membentuk satu jawatankuasa untuk mewujudkan taqrib (penyatuan/pemahaman) antara Sunni dengan Syiah di Kaherah sejak empat dekad, akan tetapi sebaliknya kaum Syiah menolak untuk membentuk jawatankuasa yang sama di pusat-pusat kajian ilmiah mereka seperti Najaf, Qum dan selainnya, kerana mereka hanya menginginkan kita lebih dekat terhadap agama mereka.”
(Dr. Mustafa al-Siba’i, dalam kitab Al-Sunah wa Makaanatuha Fi al-Tasyri’ al-Islami)

Buku Mudahnya Solat Sunat

Mudahnya Solat Sunat
ISBN 978-967-0525-56-3



Menunaikan solat fardu bererti kita patuh melaksanakan perintah Allah SWT. Ganjaran yang diberi adalah secukupnya berdasarkan kepatuhan kita melaksanakan perintah tersebut. Ia ibarat bayaran
upah kepada orang yang patuh membuat apa yang disuruh. Tetapi bagaimana jika seseorang itu melakukan kebaikan melebihi apa yang disuruh?

Tentulah yang menyuruh akan merasa gembira malah mungkin akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Begitulah kedudukan solat-solat sunat, zikir dan doa. Ibadat yang dilakukan secara suka rela tanpa paksaan akan meraih kasih sayang Allah dan kemungkinan ganjaran pahala yang melimpah-ruah. Buat kerja tambahan sedikit tetapi imbuhannya lumayan. Kerja mudah tetapi hasilnya bertambah- tambah. Anda boleh mendapatkan panduan mengamalkan ibadat ini dalam Mudahnya Solat Sunat.

Buku Surah al-Kahfi & Tahlil


Surah al-Kahfi & Tahlil
Buku kecil ini mengandungi dua amalan yang dapat membantu
seseorang baik di dunia mahupun di akhirat:

Bantulah orang yang telah meninggal dunia dengan sedekah pahala bacaan tahlil.
Bantulah diri kita sendiri untuk menghindari fitnah Dajal dengan
banyak membaca surah al-Kahfi.

Terdapat 4 warna pilihan iaitu ungu, hijau, merah dan oren.

Buku Ajarku Solat - Panduan Solat Perempuan

 Ajarku Solat - Panduan Solat Perempuan
ISBN:  978-967-11510-8-2

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Maka celakalah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya.”
(Surah al-Ma‘un: 4-5)

Solat merupakan ibadah paling utama dalam Islam. Semua umat Islam wajib mendirikan solat lima kali sehari semalam. Ketentuan ini adalah perintah daripada Allah SWT yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Orang yang tidak solat adalah orang yang ingkar perintah Allah SWT. Mereka akan dicampakkan ke dalam neraka untuk menerima azab di akhirat nanti.

Solat mesti dilaksanakan dengan penuh khusyuk dengan memberi penumpuan sepenuh hati. Orang yang lalai dalam solatnya adalah orang yang rugi kerana solatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Maka celakalah mereka walaupun mereka mendirikan solat.

Oleh itu solat mestilah dipelajari dengan betul supaya dapat dilaksanakan dengan betul. Solat mesti dipelajari dengan cara berguru kepada alim ulama atau ustaz. Mereka akan membimbing kaedah yang betul untuk mendirikan solat. Buku AJARKU SOLAT ini hanyalah bahan panduan mendirikan solat. Buku ini bolehlah dibuat sebagai rujukan untuk memantapkan lagi kefahaman dalam mempraktikkan amalan ibadah solat.

Antara kebaikan buku ini ialah:

Lengkap bermula daripada mengambil wuduk, azan, iqamat, dan contoh solat zuhur. 
Lengkap dengan gambar rajah setiap pergerakan dan kedudukan anggota badan.
Lengkap dengan wirid selepas solat dan doa selepas wuduk, azan dan solat.
Tambahan panduan solat jenazah lelaki, perempuan, kanak-kanak, solat sunat hari raya dan solat         sunat hajat.
Bonus rukun iman, rukun Islam, 25 nama nabi, asmaul husna dan sifat 20.

Buku Ajarku Solat - Panduan Solat Lelaki

 Ajarku Solat - Panduan Solat Lelaki
ISBN:  978-967-11510-9-9


Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Maka celakalah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya.”
(Surah al-Ma‘un: 4-5)

Solat merupakan ibadah paling utama dalam Islam. Semua umat Islam wajib mendirikan solat lima kali sehari semalam. Ketentuan ini adalah perintah daripada Allah SWT yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Orang yang tidak solat adalah orang yang ingkar perintah Allah SWT. Mereka akan dicampakkan ke dalam neraka untuk menerima azab di akhirat nanti.

Solat mesti dilaksanakan dengan penuh khusyuk dengan memberi penumpuan sepenuh hati. Orang yang lalai dalam solatnya adalah orang yang rugi kerana solatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Maka celakalah mereka walaupun mereka mendirikan solat.

Oleh itu solat mestilah dipelajari dengan betul supaya dapat dilaksanakan dengan betul. Solat mesti dipelajari dengan cara berguru kepada alim ulama atau ustaz. Mereka akan membimbing kaedah yang betul untuk mendirikan solat. Buku AJARKU SOLAT ini hanyalah bahan panduan mendirikan solat. Buku ini bolehlah dibuat sebagai rujukan untuk memantapkan lagi kefahaman dalam mempraktikkan amalan ibadah solat.

Antara kebaikan buku ini ialah:

Lengkap bermula daripada mengambil wuduk, azan, iqamat, dan contoh solat zuhur. 
Lengkap dengan gambar rajah setiap pergerakan dan kedudukan anggota badan.
Lengkap dengan wirid selepas solat dan doa selepas wuduk, azan dan solat.
Tambahan panduan solat jenazah lelaki, perempuan, kanak-kanak, solat sunat hari raya dan solat  sunat hajat.
Bonus rukun iman, rukun Islam, 25 nama nabi, asmaul husna dan sifat 20.

Buku al-Ma'thurat Serta Kelebihan Beramal

al-Ma'thurat Serta Kelebihan Beramal
ISBN:  92626426453001



Wirid al-Ma’thurat ialah wirid dan doa harian yang disusun oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Orang yang mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini akan merasakan perbezaan daripada hari-hari yang tidak dimulakan dengannya.

Dijauhi syaitan | rumah terselamat daripada perkara yang tidak diingini | Allah mencukupkan apa yang diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat | jika mati pada hari atau malam membacanya, Allah akan menjamin syurga | selamat daripada segala keburukan | Allah sempurnakan nikmat-Nya | mendapat reda Allah | tiada yang mendatangkan mudarat | terhindar daripada syirik | selamat daripada bisa atau sengatan makhluk beracun | dimudahkan menyelesaikan hutang | mendapat syafaat pada hari kiamat | membaca pada waktu pagi, dipelihara oleh Allah hingga petang | umpama mengamalkan sunah Rasulullah saw dari sudut zikir dan doa.

Buku Masa Depan Ikhwanul Muslimin

Masa Depan Ikhwanul Muslimin
ISBN:  978-967-12520-3-1





Mesir pernah diperintah oleh empat orang presiden yang berlatar belakang pendidikan tentera. Namun didikan yang mengutamakan disiplin tidak memberi sebarang makna kepada rakyat dan negara. Mesir tidak pernah mencapai kemajuan dalam apa jua bidang sekalipun dalam ketenteraan. Mesir tetap mundur dan tenteranya terus kecundang berhadapan dengan Israel. Itulah natijah memiliki presiden yang “korup”  dalam semua segi.

Israel tiba-tiba takut dengan Mesir apabila presidennya daripada kalangan ahli Ikhwanul Muslimin. Dr. Muhammad Mursi sempat memerintah hanya setahun, tetapi telah memberi impak yang cukup positif terhadap sosioekonomi Mesir. Didikan Islam yang sebati dalam dirinya menyerlahkan satu model pemerintahan yang kontra dengan presiden-presiden tentera sebelumnya.

Dr. Muhammad Mursi hanyalah salah satu permata daripada jutaan yang bersepah dalam Ikhwanul Muslimin. Penggulingan Mursi oleh seorang lagi bakal presiden tentera bukanlah suatu yang memeranjatkan. Ikhwanul Muslimin telah melalui ujian-ujian yang lebih getir daripada presiden-presiden tentera sebelum ini. Hukuman penjara, diseksa malah dibunuh dengan pelbagai cara sudah menjadi asam garam perjuangan yang tidak pernah melunturkan semangat juang ahli-ahlinya.

Siapakah yang akan terkubur; Ikhwanul Muslimin atau al-Sisi, dalam mendepani cabaran kepimpinan Mesir pada hari-hari mendatang?

Buku Asma ul-Husna - Serta Kelebihan Beramal

Asma ul-Husna - Serta Kelebihan Beramal
ISBN 978-264-2645-30-3



Dan Abu Hurairah  berkata:

Rasulullah  telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa menghitungnya (menghafalnya) masuklah dia ke dalam syurga.”
(Riwayat al-Bukhari)

Buku Zikir Pagi Petang


Zikir Pagi Petang
ISBN 978-264-2645-30-2



Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, ingatlah Allah (berzikir) dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah (sucikanlah) Dia pada waktu pagi dan petang.”
(Surah al-Ahzab: 41-42) 

Buku kecil ZIKIR PAGI PETANG ini menyediakan panduan kepada anda untuk memenuhi tuntutan ayat di atas. Koleksi zikir daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi amalan rutin para sahabat, tabiin, tabii tabiin, salafussoleh dan alim ulama sepanjang zaman. Anda juga salah seorang dalam kalangan mereka dengan menjadikan zikir-zikir tersebut rutin anda setiap pagi dan petang.

Buku Darah Wahabi

Darah Wahabi
ISBN:  978-967-1151-03-7



Bukan sekadar mengatakan itu bidaah dan ini bidaah, Wahabi sebenarnya mempunyai rentetan sejarah hitam yang sungguh tragis. Mereka menjadikan kuasa politik sebagai satu anjakan untuk menubuhkan gerakan bagi menyebarkan fahaman mereka. Apabila gerakan ini ditentang oleh pemerintah dan ulama, mereka mula bertindak ganas dan melancarkan peperangan.

Para kadi dan ulama di Ta’if diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh. Penduduk Makkah dikepung dan diputuskan bekalan makanan sehingga ramai yang mati kelaparan. Umat Islam di timur Jordan disembelih seperti menyembelih kambing. Dan berbagai-bagai lagi pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tangan-tangan orang yang mendakwa membawa tajdid ad-din (pembaharuan agama).

Darah Wahabi: Menyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi mendedahkan segala fakta tentang Wahabi yang dibangunkan di atas linangan air mata dan darah umat Islam sendiri. Ternyata mereka bukanlah gerakan tajdid (pembaharuan) tetapi lebih tepat sebagai  gerakan terrorist.

Buku Revolusi Mesir



Revolusi Mesir
ISBN:  978-967-11510-5-1

“Tegarlah wahai pemuda! Sesungguhnya kamu sedang melaksana­kan fardu kifayah yang mewakili seluruh bangsa Mesir. Sudah sepatutnya antara rakyat Mesir, ada orang yang tergerak untuk memperjuangkan kebenaran dan menumpaskan kebatilan.”


“Saya menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat yang diwakili oleh pelbagai organisasi agar segera meninggalkan pekerjaan mereka buat sementara waktu dan bergabung dengan para pemuda penggerak revolusi sambil menyuarakan dengan lantang agar pemerintah sekarang dibubarkan dan diganti dengan pemerintahan yang baharu.”

“Kepada pegawai-pegawai polis dan penjaga keamanan yang telah melakukan pelbagai bentuk kejahatan, di sini saya menegaskan bahawa tidak sepatutnya kamu melaksanakan perintah pihak atasan untuk membunuh atau melakukan apa-apa yang telah dilakukan terhadap demonstran yang tidak bersalah.”


“Kita merayu kepada pasukan tentera Mesir dan pegawai-pegawai pemerintahnya untuk mengembangkan kewajipan melindungi rakyat dan tuntutan-tuntutan revolusi yang telah mengorbankan banyak jiwa.”

Buku Dahsyatnya Godaan Syaitan

Dahsyatnya Godaan Syaitan
ISBN:  978-967-11510-4-4



Kebanyakan kaum Muslimah kini berada dalam zon bahaya. Kebanyakannya sudah derhaka kepada Allah dengan melanggar perintah-Nya khusus dalam masalah menutup aurat. Mereka secara tidak sedar seperti sudah disihir sehingga menurut apa sahaja yang dikehendaki oleh syaitan. Mereka mendedahkan aurat sekehendaknya atas alasan fesyen yang mengikut peredaran zaman. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa mereka sudah berada di tepi jurang api neraka, bila-bila masa sahaja akan terjunam ke dalamnya.

Namun tidak mustahil orang yang berada di tepi jurang api neraka boleh diselamatkan. Kita mesti menghulur bantuan untuk menyelamatkan mereka yang merupakan saudara-saudara kita. Mereka perlu disedarkan tentang dendam syaitan kepada umat manusia. Konspirasi mereka menyesatkan kaum Muslimah melalui pintu fesyen dan persolekan mesti dibongkar dan didedahkan. Semua itu terkandung dalam buku ini! Sesuai untuk bacaan semua peringkat usia. Lebih bermakna jika dihadiahkan kepada anak-anak remaja dan kawan-kawan sebagai satu usaha menarik mereka kembali ke zon selamat.

Buku Bughah - Antara Fakta & Kekeliruan

Bughah - Antara Fakta & Kekeliruan
ISBN:  978-967-11510-7-5



Demonstrasi “TURUN” di ambang tahun baharu 2014 adalah sama sahaja dengan demonstrasi-demonstrasi yang pernah diadakan sebelum itu. Bezanya cuma demonstrasi “TURUN” itu digelar BUGHAH oleh Mufti Perak. Beliau berkata mereka yang terlibat sepatutnya ditangkap kerana  menderhaka kepada pemerintah dan darah mereka adalah “halal”.

Persoalannya adakah istilah BUGHAH itu relevan untuk demonstrasi pada zaman ini? Prinsip BUGHAH yang ditulis dalam kitab-kitab muktabar lebih seribu tahun dahulu perlu dibaca dengan mengambil kira konteks semasa, bukan dengan hanya mencedoknya daripada kitab secara melulu. Hukum tersebut perlu dihalusi dengan memahami perbezaan dan perubahan sistem politik dan bernegara antara zaman kitab itu ditulis dengan zaman kita sekarang ini.

Penggunaan istilah BUGHAH telah menimbulkan kekeliruan di tengah masyarakat. Namun sebenarnya siapa yang keliru, orang ramai atau mufti? Dapatkan jawapan dan pencerahan tentang isu ini dalam buku BUGHAH Antara Fakta dan Kekeliruan ini.

Buku Himpunan Doa daripada Hadis

Himpunan Doa daripada Hadis
ISBN:  978-264-2645-3-05




Doa ialah permohonan atau permintaan seseorang kepada Allah SWT. Melalui doa,
permintaan kita akan dikabulkan oleh Allah SWT.  Oleh sebab itulah doa adalah ibadah dan
senjata umat Islam. Doa yang afdal dan mustajab ialah:

  • Doa yang ma’thurat iaitu doa daripada al-Quran dan hadis.
  • Dibaca dalam bahasa Arab seperti asalnya.

Difahami maksudnya.

Buku kecil ini memaparkan sebahagian doa daripada hadis yang berkaitan
dengan kehidupan kita sehari-hari. Amalkan doa daripada hadis semoga doa anda akan
dikabulkan oleh Allah. Amin!

Buku Krisis Syria

Krisis Syria
ISBN:  978-967-12520-0-0




Krisis di Syria sudah berlanjutan beberapa tahun dan tidak nampak penghujungnya. Krisis bermula apabila kemarahan rakyat terhadap kerajaan Bashar al-Assad yang zalim dan korup tidak dapat dibendung lagi. Namun senario krisis telah berubah kepada beberapa tanggapan apabila krisis tersebut telah melibatkan beberapa pihak luar.

Apakah benar krisis di Syria merupakan perang antara penganut Mazhab Sunni dengan Syiah apabila Hezbollah dan Iran turut membantu Bashar al-Assad?

Apakah benar krisis ini hanyalah agenda atau muslihat kuasa-kuasa besar untuk menjatuhkan Bashar al-Assad sekali gus menekan Iran apabila Amerika Syarikat,  Russia, Britain dan Perancis  begitu aktif memainkan peranan di sebalik tabir?

Atau adakah logik krisis ini menepati peristiwa tanda-tanda akhir zaman di mana nanti akan muncul Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. untuk melaksanakan tugas mereka sebelum berlakunya kiamat?

Buku Koleksi TRIVIA

Koleksi TRIVIA
ISBN: 978-967-12520-1-7




Semua yang berlaku di atas muka bumi ini merupakan satu fakta. Cuma yang membezakan antara satu fakta dengan fakta yang lain ialah kepentingannya kepada diri seseorang. Jika peristiwa itu penting bagi dirinya maka ia akan dianggap sesuatu yang penting dan akan diingat sampai bila-bila. Jika peristiwa itu tiada kaitan dengan dirinya maka ia suatu fakta yang tidak penting dan dianggap remeh untuk diambil perhatian.


Walaupun sesuatu fakta yang berlaku dianggap remah, mungkin suatu masa ia berguna dan ada faedahnya. Setidak-tidaknya Trivia (himpunan fakta-fakta) ini dapat memberi maklumat secara santai dan menjadi santapan minda yang cukup bermakna. Trivia ini memantapkan keyakinan bahawa semua kejadian di atas muka bumi ini adalah ketentuan Allah SWT ke atas makhluk-Nya. Tiada siapa dapat menolak bahawa fakta-fakta tersebut adalah suatu bukti tentang Kebesaran dan Kekuasaan Allah SWT.

Buku Darah Yahudi

Darah Yahudi

ISBN 978-967-11510-6-8




“Saya melihat dari tempat persembunyian saya, seorang tentera Yahudi memegang seorang saudara saya bernama Saliha Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapang di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut kemudian mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai. Kemudian dia mengeluarkan bayi yang telah mati dari perut Saliha dalam satu aksi yang amat mengerikan!”
Saksi hidup bernama Arafat Hijazi

Tidak cukup lagikah bukti tentang kekejaman Yahudi?
Tidak cukup lagikah saksi-saksi yang boleh dipercayai?
Tidak cukup lagikah darah yang mengalir untuk membiarkan Yahudi terus bermaharajalela?

Darah Yahudi membongkar segala yang misteri dan samar tentang Yahudi. Kenalilah bangsa yang berpegang teguh dengan prinsip “matlamat menghalalkan cara” ini. Allah SWT telah mencabut rasa peri kemanusiaan dalam diri mereka sehingga darah manusia sudah tidak ada nilai lagi bagi mereka.

Buku Hebatnya Ibadah

Hebatnya Ibadah
ISBN 978-967-12520-5-5


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang memperbanyak istighfar, maka Allah akan menjadikan setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (halal) daripada arah yang tidak disangka-sangka.”  (Riwayat Imam Ahmad)

Melalui hadis tersebut Allah SWT menjanjikan bahawa istighfar akan membuahkan tiga perkara besar iaitu:
·         Jika bersedih, Allah akan ubah menjadi gembira.
·         Jika ada masalah berat, Allah akan memberi jalan keluar.

·         Allah akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:  

Berbahagialah  orang yang beriman, (iaitu) orang yang  khusyuk  dalam solatnya.“  (Surah al-Mukmin: 1-2)

Islam adalah agama samawi yang datangnya daripada Allah SWT. Segala bentuk amalan dan ibadah bukan direka oleh manusia atau dicipta oleh nabi dan rasul-Nya, namun ia khusus daripada Allah SWT. Oleh sebab itu Allah menjanjikan sesuatu yang “hebat” kepada sesiapa yang beriman dan melaksanakannya. 

Buku Indahnya Hidayah-Mu

Indahnya Hidayah-Mu
ISBN 978-967-12520-4-8



“Aku sungguh bahagia dengan keislamanku dan ternyata
kebenaran yang dipegang juga oleh juara dunia Muhammad Ali Clay. Beliau juga sangat bahagia dengan keislaman beliau dan selalu menyampaikan dakwah di serata tempat.”
Malik Abdul Aziz (Mike Tyson)

“Penguasaanku terhadap ajaran-ajaran Islam sangat membantu
dalam mewujudkan ketenteraman jiwa yang tidak pernah
kurasakan sebelum ini.”
Vladimir Jomkalaski (warga Rusia)

“Dalam Islam aku mendapat suatu kekuatan luar biasa.
Semua manusia di hadapan Allah adalah sama. Tidak ada perbezaan antara manusia dengan yang lain selagi dia berperilaku
dengan ajaran agama yang lurus.”
Yun Sun Lee (warga China)

“Sungguh dalam Islam aku mendapat jalan keluar daripada kesesatan yang telah aku lakukan dan aku mendapat kehidupan baharu setelah aku mengucapkan kalimah syahadah. Sebuah kelahiran yang baharu
bagi wanita baharu yang diliputi kebaikan dan perilaku Islami.”
Yairona Sheiel (bekas perisik Mossad)

“Aku masuk Islam kerana aku mencintai dan ingin
memuliakan diriku sendiri, dan disebabkan
kecintaanku kepada Sang Pencipta yang telah
menciptaku,yang telah memberikan petunjuk
kepada agama Islam untuk kemudian
aku amalkan.”
Sarah Joseph
(Editor majalah E-mel, London)

BUKU MH370 -Diselubungi Misteri, Spekulasi dan Konspirasi


MH 370

ISBN 978-967-1252-02-4


Setiap kejadian di atas muka bumi ini ada hikmahnya.  Walau bagaimanapun tidak semua orang dapat melihat hikmah terhadap sesuatu kejadian itu. Ini kerana hikmah Allah SWT itu tersembunyi dan perlu difikirkan atau direnung apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Dalam al-Quran sendiri Allah SWT selalu menyarankan  agar manusia berfikir untuk mendapat hikmah terhadap sesuatu yang  Allah SWT takdirkan. Saranan ini sering kita jumpa di akhir-akhir ayat surah al-An’am ayat 50: “Maka apakah kamu tidak memikirkannya?”, surah Yunus ayat 16: “Apakah kamu tidak memahaminya?”, dan surah al-Dhariat ayat 21: “Apakah kamu tidak perhatikan?”.

Tragedi yang menimpa MH370 juga tidak dapat lari daripada hikmah yang ingin Allah sampaikan kepada manusia, khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Ada pengajaran, iktibar dan ingatan di sebalik peristiwa tersebut, namun berapa ramai yang dapat hikmah tersebut, tidak dapat dipastikan.

Buku ini tampil mengajak anda pembaca budiman menjadi orang yang merenung akan tragedi ini dengan mata hati. Catatan fakta dan pandangan hanyalah  lontaran idea sebagai pembuka minda untuk para pembaca terus meneroka “misteri” ini. Marilah kita singkap tragedi ini sebagai satu anugerah yang besar berupa peringatan daripada Allah SWT.