Pages

JANGAN SAMPAI KETINGGALAN MENDAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN DARUL TAKLIM& YAMANI ANGLE

Mudahnya Mendapat Rezeki


  • TAJUK: Mudahnya Mendapat Rezeki
  • NAMA PENULIS: Mukhlas Asy-Syarkani
  • HARGA: Rm20.00
  • JENIS: Buku Agama
Kebanyakan orang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk harta benda. Rezeki biasanya difahami dalam bentuk wang ringgit, makan minum, pakaian, barang-barang keperluan harian dan sebagainya. Perniagaan yang selalu untung dikatakan rezeki. Mendapat bonus pada hujung tahun dikatakan rezeki. Pokok-pokok di kebun berbuah lebat sehingga dapat dijual dikatakan rezeki. Ini sebenarnya rezeki lahiriah.
Jarang ada orang yang merasa dalam keadaan terbeban oleh hutang, pelupusan hutangnya sebagai satu rezeki. Lebih jarang orang menganggap penangguhan bayaran hutang itu juga sebagai rezeki. Begitu juga ramai yang beranggapan badan yang sihat - tidak perlu keluar kos perubatan - bukan rezeki. Malah banyak lagi kelebihan dan kenikmatan yang Allah SWT kurnikan tidak disedari sebagai rezeki yang berganda-ganda jika dibandingkan dengan orang lain. Inilah yang dikatakan rezeki batiniah.
Mudahnya Mendapat Rezeki memberikan tip dan kaedah “menjemput” rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah sejak ditiupkan roh ke jasad kita. Tidak kiralah apakah ia rezeki lahiriah atau rezeki batiniah, yang penting kita mendapat rezeki yang barokah. Rezeki yang barokah inilah yang akan mencetuskan ketenangan jiwa dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat.

Syarah Akidah Mursyidah

  • TAJUK: Syarah Akidah Mursyidah
  • NAMA PENULIS: Ahmad Faidzurrahim
  • HARGA: Rm10.00
  • JENIS: Buku Agama
Risalah akidah ini asalnya ditulis oleh Imam Ibn Tumart, meninggal pada akhir tahun 542 Hijrah. Matan yang ringkas ini menjelaskan akidah Ahli Sunah Waljamaah, sekali gus menyanggah pendapat mereka yang cuba mengelirukan umat daripada pegangan tersebut.

Manakala Imam Fakhruddin ibn Asakir pula ialah penyebar dan pembaca risalah ini di bumi Syam dan beliau juga yang sering mengulangi bacaan risalah ini kepada para penuntut ilmu dan orang Islam di sana, lalu risalah tersebut dikenali dengan nama Risalah Ibn Asakir.

Ramai ulama Ahli Sunah Waljamaah yang memuji risalah ini dan menyatakan bahawa risalah ini sering diulang bacaannya selama empat kurun (400 tahun). Antara mereka ialah al-Hafiz Salahuddin Khalil bin Kaikaladi al-Alla’i Rahimahullah yang meninggal pada tahun 761 Hijrah. Beliau memberi judul risalah ini sebagai al-Akidah al-Mursyidah dan berkata:

“Pengarang al-Akidah al-Mursyidah ini berada di atas jalan dan akidah yang lurus dan beliau adalah benar dalam mentanzihkan Allah”

Al-Imam Tajuddin al-Subki dalam kitab Tabaqatnya berkata:

“Ini adalah akhir kitab akidah, dan tidak ada seorang sunni pun yang mengingkarinya.”

Peribadi Muslim

  • TAJUK: Peribadi Muslim
  • NAMA PENULIS: Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid
  • HARGA: Rm19.00
  • JENIS: Buku Agama
Sinopsis: Buku ini mengulas tentang bagaimana ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang Muslim bagi membentuk peribadi yang mulia seindah akhlak para nabi, sebagaimana junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW di mana Baginda sentiasa sabar dan istiqamah dalam menyampaikan ajaran Islam. Walaupun teruk dikecam oleh kaum kafir Quraisy namun Baginda tetap patuh dalam menyebarkan agama Allah. ‘Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah al-Quran.” Ia bermaksud segala isi kandungan yang terdapat dalam al-Quran mempunyai ajaran yang lengkap meliputi seluruh kehidupan kita iaitu dari awal kewujudan kita hingga kita dikembalikan kepada-Nya. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita hendaklah menjalani kehidupan harian dengan berpandukan al-Quran iaitu mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, merendah diri, bersifat qanaah, dan sebagainya. Kesannya, kita akan sentiasa mempunyai jiwa yang tenang serta hidup dalam keredaan-Nya. Berlainan pula dengan mereka yang hidup dengan tidak berpandukan al-Quran, mereka sentiasa mengamalkan sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, berdusta, sombong dan sebagainya. Kesannya, kehidupan mereka menjadi serba tidak kena serta jauh dari nikmat Allah. Dalam buku ini setiap bab diselitkan dengan huraian yang lengkap iaitu beserta hadis dan ayat al-Quran bagi memberi lebih pemahaman kepada pembaca dalam usaha menerokai ilmu untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia untuk bekalan di dunia dan akhirat.

10 Tokoh Musyrik dalam al-Quran

  • TAJUK: 10 tokoh Musyrik dalam al-Quran
  • NAMA PENTERJEMAH: Harun Arrasyid Hj Tuskan dan Abu Azka Al-Madani
  • HARGA: Rm25.00
  • JENIS: Buku Agama

Sinopsis: 10 Tokoh Musyrik dalam al-Quran memaparkan sejarah hidup 10 orang yang terkenal dalam kalangan musyrik yang kisah mereka ada terselit dalam al-Quran. Mengapa Allah selitkan kisah mereka dalam al-Quran? Allah menurunkan wahyu tersebut untuk mendedahkan identiti dan hati budi mereka. Mereka tokoh yang licik dalam tipu daya dan pandai berpura-pura serta bermuka-muka. Justeru, Allah singkap segala rahsia isi hati mereka.

Ada antara mereka yang menjadi pemuka kaum munafik yang hanya berpura-pura Islam, sedangkan jiwa dan raga mereka amat benci dengan Islam dan Rasulullah SAW. Ada pula antara mereka menjadi orang hadapan dalam konspirasi penentangan, penyeksaan dan pemulauan kaum Muslim. Ada juga yang asalnya Islam tetapi apabila telah dilimpahi nikmat kekayaan menjadi kufur dan menyanggah syariat serta perintah Rasul.

Manakala ada juga tokoh yang dihormati dalam kalangan musyrik lantaran kebaikan dan khidmat baktinya kepada Baitullah. Walaupun tidak memeluk Islam namun beliau merupakan antara orang yang cukup berjasa dalam hidup Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja pernah memelihara Nabi malah tetap menjadi pelindung Baginda daripada sebarang tindakan kaum kafir Quraisy.

Allah mewahyukan secebis ayat sebagai contoh, iktibar dan kutukan untuk renungan umat Islam. Watak dan sikap yang Allah gambarkan mewakili individu musyrik itu tetap wujud sepanjang zaman. Baik pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin, salafussoleh hinggalah ke akhir zaman. Justeru, kisah yang dipaparkan ini memandu kita untuk mengenali mereka agar sentiasa berwaspada dengan segala tindak-tanduk, kerenah dan tipu daya mereka.