Pages

JANGAN SAMPAI KETINGGALAN MENDAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN DARUL TAKLIM& YAMANI ANGLE

BUKU TERBARU!!!

JOM MELUKIS! Ini satu seruan atau ajakan untuk semua orang melukis. Kenapakah semua orang perlu melukis? Kenapakah anak anda perlu pandai melukis? Jawapannya melukis merupakan satu keperluan kepada semua orang kerana ia asas kepada komunikasi visual. Dengan lakaran yang mudah sahaja kadang-kadang lebih cepat difahami daripada penerangan yang mungkin mengandungi puluhan patah perkataan untuk menerangkan benda yang sama.

Oleh yang demikian baik bapa, ibu, anak, orang dewasa, kanak-kanak amat perlu kemahiran melukis supaya dapat berkomunikasi secara visual antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Kemahiran ini hanya akan diperoleh melalui latihan yang sistematik. Anak-anak perlu didedahkan pada usia awal supaya kemahirannya dapat digilap dengan lebih baik. Anda boleh membantu anak anda untuk mendapatkan kemahiran ini dengan cara anda terlebih dahulu perlu mahir. Buku ini insya-Allah dapat membantu anda.

BUKU TERBARU!!

Benarkah tiada tasawuf pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat? Tidak layaklah para sahabat, tabiin dan salafussoleh itu digolongkan sebagai ahli-ahli sufi yang hebat? Benarkah ahli sufi sejati yang menghayati kehidupan berlandaskan tasawuf merupakan ahli bidaah; yang setiap bidaah itu sessat dan masuk neraka?

Mengapa pula sesetengah ahli sufi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah? Mengapa ada sesetengah ahli sufi yang tidak berpegang dengan hukum syariat lantaran telah mencapai maqam yang tinggi dalam kehidupan sufinya? Benarkah mereka ini ahli sufi sejati atau hanya ahli sufi palsu? Dan persoalan yang tidak kurang pentingnya adakah mereka sudah memenuhi prasyarat-prasyarat tertentu sebelum melangkah ke alam sufi?

Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi menjawab semua persoalan ini dengan gerapan yang cukup menarik. Berdasarkan fakta al-Quran, hadis dan sirah, segala kekeruhan yang menyelubungi alam tasawuf dan sufi ini dapat dijernihkan. Segala kesamaran dapat dijelaskan. Segala kekhilafan dapat dibetulkan sehingga menjazamkan satu keyakinan yang jitu bahawa kehidupan sufi yang berlandaskan tasawuf sungguh indah dan hebat

Akan terbit!!


Siri 1:

Buku ini berkaitan penggunaan tatacara perspektif yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis gubahan lakaran menggunakan teknik perspektif satu titik dan kotak imaginasi.



Siri 2:

Buku ini berkaitan penggunaan tatacara perspektif yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis gubahan lakaran menggunakan teknik perspektif dua titik dan kotak imaginasi.



Siri 3:

Buku ini berkaitan penggunaan tatacara perspektif yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis gubahan lakaran menggunakan teknik perspektif multi titik dan kotak imaginasi.

Buku Baru!!


Saiz: 9 in x 7 in
Harga: RM79.00
Laman 101 menampilkan 101 lakaran reka bentuk alternatif yang boleh digunakan oleh pemilik rumah kediaman untuk menceriakan suasana laman yang ada. Unik dan menarik dengan menggunakan satah-satah sebagai elemen utama. Disokong dengan cadangan 303 pokok hiasan lanskap supaya menjadi lebih praktikal dan bersesuaian dengan keperluan pengguna dan konteks. Lengkap dengan tip penjagaan pokok.

Majlis berbuka puasa












Majlis Berbuka Puasa Staff Yamani Angle bertempat di Khan Baba











Banyak betul makanan dan sedap2~




















Selesai makan..Bak kata pepatah kenyang perut senang hati~:)

Mudahnya Mendapat Rezeki


  • TAJUK: Mudahnya Mendapat Rezeki
  • NAMA PENULIS: Mukhlas Asy-Syarkani
  • HARGA: Rm20.00
  • JENIS: Buku Agama
Kebanyakan orang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk harta benda. Rezeki biasanya difahami dalam bentuk wang ringgit, makan minum, pakaian, barang-barang keperluan harian dan sebagainya. Perniagaan yang selalu untung dikatakan rezeki. Mendapat bonus pada hujung tahun dikatakan rezeki. Pokok-pokok di kebun berbuah lebat sehingga dapat dijual dikatakan rezeki. Ini sebenarnya rezeki lahiriah.
Jarang ada orang yang merasa dalam keadaan terbeban oleh hutang, pelupusan hutangnya sebagai satu rezeki. Lebih jarang orang menganggap penangguhan bayaran hutang itu juga sebagai rezeki. Begitu juga ramai yang beranggapan badan yang sihat - tidak perlu keluar kos perubatan - bukan rezeki. Malah banyak lagi kelebihan dan kenikmatan yang Allah SWT kurnikan tidak disedari sebagai rezeki yang berganda-ganda jika dibandingkan dengan orang lain. Inilah yang dikatakan rezeki batiniah.
Mudahnya Mendapat Rezeki memberikan tip dan kaedah “menjemput” rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah sejak ditiupkan roh ke jasad kita. Tidak kiralah apakah ia rezeki lahiriah atau rezeki batiniah, yang penting kita mendapat rezeki yang barokah. Rezeki yang barokah inilah yang akan mencetuskan ketenangan jiwa dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat.

Syarah Akidah Mursyidah

  • TAJUK: Syarah Akidah Mursyidah
  • NAMA PENULIS: Ahmad Faidzurrahim
  • HARGA: Rm10.00
  • JENIS: Buku Agama
Risalah akidah ini asalnya ditulis oleh Imam Ibn Tumart, meninggal pada akhir tahun 542 Hijrah. Matan yang ringkas ini menjelaskan akidah Ahli Sunah Waljamaah, sekali gus menyanggah pendapat mereka yang cuba mengelirukan umat daripada pegangan tersebut.

Manakala Imam Fakhruddin ibn Asakir pula ialah penyebar dan pembaca risalah ini di bumi Syam dan beliau juga yang sering mengulangi bacaan risalah ini kepada para penuntut ilmu dan orang Islam di sana, lalu risalah tersebut dikenali dengan nama Risalah Ibn Asakir.

Ramai ulama Ahli Sunah Waljamaah yang memuji risalah ini dan menyatakan bahawa risalah ini sering diulang bacaannya selama empat kurun (400 tahun). Antara mereka ialah al-Hafiz Salahuddin Khalil bin Kaikaladi al-Alla’i Rahimahullah yang meninggal pada tahun 761 Hijrah. Beliau memberi judul risalah ini sebagai al-Akidah al-Mursyidah dan berkata:

“Pengarang al-Akidah al-Mursyidah ini berada di atas jalan dan akidah yang lurus dan beliau adalah benar dalam mentanzihkan Allah”

Al-Imam Tajuddin al-Subki dalam kitab Tabaqatnya berkata:

“Ini adalah akhir kitab akidah, dan tidak ada seorang sunni pun yang mengingkarinya.”

Peribadi Muslim

  • TAJUK: Peribadi Muslim
  • NAMA PENULIS: Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid
  • HARGA: Rm19.00
  • JENIS: Buku Agama
Sinopsis: Buku ini mengulas tentang bagaimana ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang Muslim bagi membentuk peribadi yang mulia seindah akhlak para nabi, sebagaimana junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW di mana Baginda sentiasa sabar dan istiqamah dalam menyampaikan ajaran Islam. Walaupun teruk dikecam oleh kaum kafir Quraisy namun Baginda tetap patuh dalam menyebarkan agama Allah. ‘Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah al-Quran.” Ia bermaksud segala isi kandungan yang terdapat dalam al-Quran mempunyai ajaran yang lengkap meliputi seluruh kehidupan kita iaitu dari awal kewujudan kita hingga kita dikembalikan kepada-Nya. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita hendaklah menjalani kehidupan harian dengan berpandukan al-Quran iaitu mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, merendah diri, bersifat qanaah, dan sebagainya. Kesannya, kita akan sentiasa mempunyai jiwa yang tenang serta hidup dalam keredaan-Nya. Berlainan pula dengan mereka yang hidup dengan tidak berpandukan al-Quran, mereka sentiasa mengamalkan sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, berdusta, sombong dan sebagainya. Kesannya, kehidupan mereka menjadi serba tidak kena serta jauh dari nikmat Allah. Dalam buku ini setiap bab diselitkan dengan huraian yang lengkap iaitu beserta hadis dan ayat al-Quran bagi memberi lebih pemahaman kepada pembaca dalam usaha menerokai ilmu untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia untuk bekalan di dunia dan akhirat.

10 Tokoh Musyrik dalam al-Quran

  • TAJUK: 10 tokoh Musyrik dalam al-Quran
  • NAMA PENTERJEMAH: Harun Arrasyid Hj Tuskan dan Abu Azka Al-Madani
  • HARGA: Rm25.00
  • JENIS: Buku Agama

Sinopsis: 10 Tokoh Musyrik dalam al-Quran memaparkan sejarah hidup 10 orang yang terkenal dalam kalangan musyrik yang kisah mereka ada terselit dalam al-Quran. Mengapa Allah selitkan kisah mereka dalam al-Quran? Allah menurunkan wahyu tersebut untuk mendedahkan identiti dan hati budi mereka. Mereka tokoh yang licik dalam tipu daya dan pandai berpura-pura serta bermuka-muka. Justeru, Allah singkap segala rahsia isi hati mereka.

Ada antara mereka yang menjadi pemuka kaum munafik yang hanya berpura-pura Islam, sedangkan jiwa dan raga mereka amat benci dengan Islam dan Rasulullah SAW. Ada pula antara mereka menjadi orang hadapan dalam konspirasi penentangan, penyeksaan dan pemulauan kaum Muslim. Ada juga yang asalnya Islam tetapi apabila telah dilimpahi nikmat kekayaan menjadi kufur dan menyanggah syariat serta perintah Rasul.

Manakala ada juga tokoh yang dihormati dalam kalangan musyrik lantaran kebaikan dan khidmat baktinya kepada Baitullah. Walaupun tidak memeluk Islam namun beliau merupakan antara orang yang cukup berjasa dalam hidup Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja pernah memelihara Nabi malah tetap menjadi pelindung Baginda daripada sebarang tindakan kaum kafir Quraisy.

Allah mewahyukan secebis ayat sebagai contoh, iktibar dan kutukan untuk renungan umat Islam. Watak dan sikap yang Allah gambarkan mewakili individu musyrik itu tetap wujud sepanjang zaman. Baik pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin, salafussoleh hinggalah ke akhir zaman. Justeru, kisah yang dipaparkan ini memandu kita untuk mengenali mereka agar sentiasa berwaspada dengan segala tindak-tanduk, kerenah dan tipu daya mereka.

LATEST BOOK: Tujuh Tokoh Terukir Dalam Al Quran


TAJUK: TUJUH TOKOH TERUKIR DALAM AL-QURAN
PENULIS: HARUN ARRASYID HJ. TUSKAN & ABU AZKA AL MADANI
HARGA:
SINOPSIS:

Buku ini mengisahkan tentang 7 orang tokoh Islam yang terkemuka. Mereka Adalah Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Khaulah binti Tsa'labah, Al Jalan bin Suwaid, Sa'ad Ibn Ra'bi, Salin Ibn Ma'qil, Ummu Syuraik Ghaziyah binti Jabir Ad Dausiyah.