Pages
RAMADAN TIBA LAGI (cover terbaru)
RAMADAN TIBA LAGI ialah sebuah buku yang disusun khas untuk memberi panduan dalam memperkemaskan amal ibadah puasa anda pada bulan Ramadan kali ini. Sebulan berpuasa merupakan syariat Islam yang telah termaktub kewajibannya dalam agama. Namun apakah selama ini puasa anda telah sempurna? Jangan tunggu bulan Ramadan tahun hadapan kerana tiada siapa antara kita yang mampu menjamin
usia kita akan bertemu Ramadan akan datang. Buku ini wajib dimiliki oleh setiap orang atau keluarga.
Tajuk :Ramadan Tiba Lagi
Penulis :Wan Mohd. Noh Wan Hamat
:Rusnah Abu Samah
Semenanjung M’sia: RM28.00
Sabah & S’wak : RM30.00
ETIKA BELAJAR & MENGAJAR AL-QURAN
Dalam melalui kehidupan seharian, seorang muslim harus meluangkan masanya untuk bersama Kitabullah, dengan menjaga adab-adab dan etika yang diajarkan Islam semasa berinteraksi dengan wahyu Allah. Sebahagian daripada adab dan etika tersebut dipaparkan dalam ringkasan karya Imam Nawawi r.a. ini, disamping itu ditambah pula dengan beberapa buah fikiran bernas yang terdapat dalam Bab Sepuluh, di akhir Kitab ini, yang diambil daripada beberapa sumber rujukan.
Penulis:Ahmad Asri Lubis Abu Samah
Harga: Semenanjung M’sia: RM18.00
Sabah & S’wak : RM20.00
MINGGU PERTAMA DI ALAM KUBUR
Apabila sampai ajalnya, kita akan dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya di alam barzakh. Buku ini akan membawa pembaca mengembara dari penghujung kehidupan dunia yang seronok hingga menempuh alam barzakh yang penuh misteri, seksa, dan kengerian.
Tajuk : Pertama Di Alam Kubur
Penulis: Ahmad Hasan Mohd Nazam
Harga: Semenanjung M’sia: RM22.00
Sabah & S’wak : RM24.00
MUKMIN SUKSES
Untuk menjadi manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang lengkap merangkumi ibadat khusus dan fardu kifayah, dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal soleh.Bagi seorang mukmin, kejayaan yang disertakan dengan keimanan akan lebih bermakna kerana akan memperoleh dua kejayaan iaitu kejayaan di dunia dan kejayan di akhirat. Sedangkan kejayaan di akhirat ialah kejayaan yang kekal abadi berbanding kejayaan di dunia yang hanya bersifat sementara.
Tajuk: Mukmin Sukses Pemantapan Jati Diri
Penulis: Mohd Ridzuan Rizal Bin Ab. Rahman
Ahmad Hasan Mohd Nazam
Ahmad Hasan Mohd Nazam
Harga: Semenanjung M’sia: RM23.00
Sabah & S’wak : RM25.00
Subscribe to:
Posts (Atom)