Pages

JANGAN SAMPAI KETINGGALAN MENDAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN DARUL TAKLIM& YAMANI ANGLE

BUKU 7: Nik Nur Madihah, Permata Generasi Rabbani


  • TAJUK: Nik Nur Madihah (Permata Generasi Rabbani)
  • NAMA PENULIS: Ummu Sakinah Muhammad
  • HARGA: RM24.00 (Semenanjung Malaysia) RM26.00 (Sabah Sarawak)
  • SAIZ: Size:
  • MUKASURAT: 130 m.s
Akan terbit dalam waktu terdekat! Sebuah buku yang membongkar rahsia seorang remaja yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008 baru-baru ini. Apakah hanya ketekunan sahaja yang beliau andalkan demi mencapai sebuah kejayaan untuk membalas jasa kedua orang tuanya?
Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman bersama Nik Nur Madihah yang tidak hanya menjadikan ketekunan sebagai alat beliau memperolehi 20A tetapi juga menjadikan ibadah dan amalan-amalan sunat sebagai rutin yang menampung kekutan hati beliau dalam menhadapi kehidupan dan pelajaran.

Buku yang ditulis oleh penulis muda, Ummu Sakinah Muhammad, akan membuka mata para pembaca dan memberi inspirasi kepada para pelajar yang akan menempuhi ujian.

Turut menghadirkan kata sisipan dari perunding motivasi, Haji Muhammad Zakaria, yang sebelumnya telah menulis buku pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri.

BUKU 6: Doa-doa Eksklusif


  • TAJUK: Doa-doa Eksklusif
  • NAMA PENULIS: Datuk Hj. Rashid Redza Hj. Mohd Salleh
  • HARGA: RM20.00 (Semenanjung Malaysia) RM22.00 (Sabah Sarawak)
  • SAIZ: Size:
  • MUKASURAT:
  • Sinopsis: Memuatkan doa-doa penting yang penting untuk kegunaan harian, antaranya adalah Doa Majlis, Doa Dalam Perjalanan, Doa Menghadapi Musuh, Doa Setelah Solat-solat Sunat dan Wajib serta bermacam doa lainnya. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya!

BUKU 5: Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam


  • TAJUK: Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam
  • NAMA PENULIS: Dr. Abdullah Naseh Ulwan
  • NAMA PENTERJEMAH: Ahmad Hasan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali
  • HARGA: RM20.00 (Semenanjung Malaysia) RM22.00 (Sabah Sarawak)
  • SAIZ: Size:
  • MUKASURAT:
  • Sinopsis: Buku yang mengajarkan cara mentarbiah anak-anak tentang seks, mendisiplinkan mereka dan membimbing mereka ke arah yang benar dalam mengenal erti 'seks' yang sebenar.

BUKU 4: Biografi Osama Bin Laden

Sebuah buku yang menguak kisah liku-liku hidup seorang pejuang besar Islam, Osama Bin Laden, untuk di jadikan sebagai teladan sepanjang zaman.

Di rangkum secara padat dan penuh informasi agar dapat menjadi rujukan masyarakat kepada tokoh Islam kontemporer ini.

Nantikan kehadirannya!

BUKU 3: Jom Solat, Panduan Solat Bergambar (Lelaki)

BUKU 2: Jom Solat, Panduan Solat Bergambar (Wanita & Lelaki)


Solat adalah tiang agama seorang hamba. Seandainya patah tiang agama ini bererti agamanya juga roboh. Begitu besar kepentingan agama sehingga ibadah solat ini terlebih dahulu di hisab sehingga amalan-amalan lain. ini bererti, tidak kira bertapa banyak wang dan harta dibelanjakan untuk bersedekah atau zakat, tetapi tidak mengerjakan solat, sedekahnya menjadi sia-sia.

Menyedari kepentingan solat ini, buku ini di susun khusus untuk membantu mereka yang baru mula belajar solat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Disertakan gambar-gambar fotografi, buku ini dapat membantu melakukan praktikal solat sendirian. Graf, gambar rajah dan penjelasan pula memudahkan pembaca mendalami dengan lebih terperinci hukum-hukum berkaitan solat ini.

Selain itu buku ini juga menyediakan sebutan arab yang ditulis dalam tulisan Bahasa Melayu untuk bacaan doa, zikir, selawat dan ayat al quran. Buku ini wajib diniliki oleh setiap Muslim yang ingin mempelajari solat atau meningkatkan praktikal solatnya agar lebih sempurna.

BUKU 1: Doa-doa Pilihan Rasulullah


  • TAJUK: Doa-doa Pilihan Rasulullah
  • NAMA PENULIS: Datuk Hj. Rashid Redza Hj. Mohd Salleh
  • HARGA: RM20.00 (Semenanjung Malaysia) RM22.00 (Sabah Sarawak)
  • SAIZ: Size: 14cm X 20cm
  • MUKASURAT: 246 m.s
  • Sinopsis: SAIZNYA buku ini kecil, namun kandungannya cukup padat dengan koleksi doa yang begitu memberi manfaat untuk amalan seharian sejajar tuntutan agama bagi menggalakkan umatnya berdoa serta berzikir untuk mendapat keredaan dan rahmat daripada Allah.

    Yang menariknya, ia adalah himpunan doa penting yang diamalkan Rasulullah berkisar dalam semua aspek daripada mengenai kebaikan diri, keluarga, harta benda, urusan dunia, agama dan akhirat.

    Setiap perjalanan hidup manusia memang sudah ditentukan qada dan qadar oleh Allah, tetapi menerusi doa, sesuatu itu mampu menolak takdir. Bagaimanapun kita digalakkan supaya tidak cepat putus asa dan mengharapkan doa dikabulkan segera kerana Allah sudah menjanjikan sesuatu, walaupun pada saat itu kita sudah bongkok tiga.

    Himpunan doa yang turut disertakan dengan makna itu dilakukan mengandungi lapan bab bagi memudahkan pembaca memilih mana-mana doa yang mereka fikirkan perlu untuk diamalkan dengan menegaskan bahawa doa adalah satu ibadat, dalam bab dua dan tiga dinyatakan doa bersumberkan al-Quran, hadis, adab makan dan minum (bab empat), adab musafir (bab lima), adab salam (bab enam), keutamaan berzikir (bab tujuh) dan Asmaul Husna (bab lapan).

    Doa mempunyai adab tertentu, iaitu yang paling penting ialah umat Islam mesti ikhlas melakukannya. Berdoalah dalam keadaan suci, tidak mengharap doa cepat dikabulkan, berdoa menadah tangan dengan tapak tangan di atas, menghadap kiblat, mulai doa dengan diri sendiri, memohon keinginan dan niat yang kuat, mengulanginya tiga kali, meminta Asmaul Husna, mulai doa dengan pujian dan sanjungan, meminta kesihatan serta banyaklah meminta serta selawat ke atas Nabi Muhammad.

    Waktu doa yang terkabul ialah sepertiga malam terakhir, berdoa ketika turun musibah atau cubaan, antara azan dan iqamat, azan dan jihad bertempur melawan musuh, ketika sujud solat, pada Jumaat dan ada kokokan ayam.

    Sementara itu, doa yang dikabulkan adalah ketika dalam kesulitan dalam perjalanan, orang tua kepada anaknya, seorang mukmin untuk saudaranya tanpa pengetahuannya, ketika senang, orang yang banyak berzikir, dizalimi dan iman yang adil serta doa orang Muslim untuk orang kafir.

    Bagaimanapun, doa akan terhalang (tidak dikabulkan), iaitu menyekutukan Allah, meminta mati atau keburukan diri sendiri, keburukan anak, pembantu dan harta kekayaan, mengharapkan peperangan dan bertemu dengan musuh, doa dengan dosa dan maksiat serta melampaui batasan berdoa.

    Buku setebal 240 muka surat ini, mudah dibawa ke mana-mana sebagai panduan bagi memudah dan menggalakkan amalan beribadat, sekali gus mampu sebati dengan diri. Doa dan zikir adalah tuntutan Allah.